Sabtu, 18 April 2020

Membezakan perawat dan bomoh

Kabid Dikdas
Assalamu'alaikom,

Untuk mereka yang tidak dapat membezakan macamana rupa dan gaya "bomoh" beragama Islam dengan "perawat Islam" maka diberi sedikit keterangan di sini:

1) Keterangan dari seorang ahli Darul 'Ilaaj (dari Singapura - anak murid Ustaz Jumadi):
http://sg.geocities.com/bomohonline/bomoh.html

2) Keterangan yang agak terperinci dari satu blogspot:http://mohdnazritakuan.blogspot.com/2009/02/mengenal-perawat-bomoh-yang-menggunakan.html

Sekarang ni, kita dapati ramai bomoh yang beragama Islam sudah mengaku menjadi perawat Islam, sebab mereka kan orang Islam. Bomoh pun boleh pergi haji, dan berpuasa macam kita juga.

Tetapi cara rawatan mereka adakala jelas tidak Islam kerana:

1) Masih menelek
.

Tetapi sekarang ini tidak dipanggil menelek tetapi mendapat firasat, scan, imbas etc.

Adakala mereka akan potong limau dan perhatikan samada keping limau yang dipotong itu jatuh itu atas/bawah (atau kepala/bunga). Atau mereka perhatikan limau itu tenggalam atau timbul dalam air.

2) Tumpuan kepada hiburan bukan rawatan.
Suka menghiburkan keluarga pesakit dengan adegan mengeluarkan benda-benda ganjil (patung, arnab, duit kertas, botol kecil, botol besar etc) semasa di rumah pesakit. Tetapi pesakit masih tak baik-baik.

Bila fikir-fikir balik, orang Melayu kita syok sangat kalau dapat batu akek dari celah pokok serai. Walhal kalau beli kat pasar malam lagi murah.

Bomoh yang jampi  rumpun bunga serai pun beli kat situ jugak, tapi dapat harga borong sebab beli segenggam. Seingat saya upah bomoh RM300 dapatlah 10-20 biji,  jadi satu biji batu harga RM15-RM30 ! Untuk mereka yang tidak dapat membezakan macamana rupa dan gaya  Membezakan perawat dan bomoh



3) Mengharapkan jin khadam, atau tentera jin khadam

Seingat saya, ada seorang perawat Islam kena tarik lesen-nya sebab tanpa segan silu menggunakan jin khadam bernama "Khalid" La ni, jin tu sudah bebas dari ikatan sihir.

Tetapi kebiasaan bomoh berkhadam, tak akan cukup 1 jin. Macam kita tak akan cukup pakai 1 orang pembantu rumah dari Indo .... kalau boleh satu bas kita nak bela,
nauzubillah.
----------------------------------------------------------------
Ada banyak lagi, tapi yang disebutkan tiga ini merupakan ciri-ciri lazim.

Semoga keterangan ini mudah difahami dan berguna

sekian wassalam



Sumber